PERLINDUNGAN (#12160)

Terpujilah nama-Mu, Ya Tuhan, Tuhanku! Aku merayu Engkau demi nama-Mu melaluinya Masanya telah tiba, dan Kebangkitan sudah terjadi, dan ketakutan dan geletar menyelubungi semua yang ada di syurga dan di bumi, untuk menghujani dari syurga belas kasihan-Mu dan awan kasih sayang lembut-Mu, apa yang akan meriangkan kalbu hamba-hamba-Mu, yang telah berpaling kepada-Mu dan membantu Akidah-Mu.

Lindungilah hamba-hamba-Mu dan dayang-dayang-Mu, Ya Tuhanku, daripada serangan hawa nafsu dan khayalan kosong, dan berikanlah mereka dari tangan kurnia-Mu satu draf air ilmu-Mu yang mengalir lembut.

Engkau, sesungguhnya, adalah Yang Maha Kuat, Yang Maha Luhur, Pemaaf Selalu, Yang Maha Dermawan.

-Bahá'u'lláh
-----------------------

PERLINDUNGAN (#12161)

Dalam Nama-Nya, Yang Luhur, Yang Tertinggi, Yang Paling Suci!

Terpujilah Engkau, Ya Tuhan, Tuhanku! Ya Engkau Yang adalah Tuhanku, dan Tuanku, dan Rajaku, dan Sokonganku, dan Harapanku, dan Perlindunganku, dan Cahayaku. Aku meminta daripada-Mu, demi Nama-Mu yang Tersembunyi dan Berharga, yang tidak diketahui sesiapa kecuali Diri-Mu Sendiri, untuk melindungi pembaca Loh ini daripada setiap bencana dan wabak, dan daripada setiap lelaki dan wanita yang keji; daripada niat jahat mereka yang kejam, dan daripada kelicikan mereka yang tak beriman.  Tambahan lagi, peliharalah dia, Ya Tuhanku, daripada setiap kesakitan dan kesusahan, Ya Engkau Yang memegang dalam tangan-Mu kekuasaan dalam segala benda. Engkau, sesungguhnya, adalah berkuasa ke atas segala benda. Engkau melakukan apa yang Engkau redai, dan memberikan apa yang Engkau senangi.

Ya Engkau Raja segala Raja! Ya Engkau Tuhan yang baik hati! Ya Engkau Sumber rahmat purba, kurnia, kedermawanan dan anugerah! Ya Engkau Yang Penyembuh penyakit! Ya Engkau Pelengkap keperluan! Ya Engkau Cahaya kepada Cahaya! Ya Engkau Cahaya di atas segala Cahaya! Ya Engkau Pewahyu setiap Manifestasi! Ya Engkau Pengasih! Ya Engkau Yang Berbelas Kasihan! Tunjukkanlah belas kasihan ke atas pembaca Loh ini, melalui belas kasihan-Mu yang tertinggi dan rahmat-Mu yang berlimpah-limpah, Ya Engkau Yang Rahmat, Engkau Yang Pemberi. Tambahan lagi, lindungilahnya melalui perlindungan-Mu, daripada apa yang menjijikkan dalam hati dan mindanya. Daripada kalangan mereka yang mempunyai kuasa, Engkau sesungguhnya, adalah yang paling berkuasa. Kemuliaan Tuhan terletak pada-Mu, ya engkau suria yang terbit! Naik saksilah pada apa yang Tuhan telah naik saksi pada Diri-Nya Sendiri, bahawa tiada Tuhan yang lain kecuali-Nya, Yang Maha Kuat, Yang Paling Dikasihi.

-Bahá'u'lláh
-----------------------

PERLINDUNGAN (#12162)

Terpujilah Engkau, Ya Tuhanku! Aku merayu kepada-Mu demi nama-Mu, Yang Paling Berbelas Kasihan, untuk melindungi hamba-hamba-Mu dan dayang-dayang-Mu apabila ribut kesukaran melanda mereka, dan cubaan-cubaan-Mu yang berlipat-ganda menyerang mereka. Maka, bolehkanlah mereka, Ya Tuhanku, untuk mencari perlindungan di dalam kubu cinta-Mu dan Wahyu-Mu, sehinggakan tidak dapat diatasi musuh-Mu mahupun penjahat dalam kalangan hamba-Mu, yang telah melanggar Waadat-Mu dan Testamen-Mu, dan telah berpaling dengan amat hina daripada Suria Inti-Mu dan Pewahyu kemuliaan-Mu.

Mereka sendiri, Ya Tuhanku, telah menunggu di depan pintu kurnia-Mu. Bukakanlahnya di hadapan wajah mereka dengan kunci-kunci kurnia-Mu yang penuh rahmat. Berkuasalah Engkau untuk melakukan apa yang Engkau redai, dan untuk mengurniakan apa yang Engkau senangi. Inilah mereka, Ya Tuhan, yang telah menetapkan wajah mereka kepada-Mu, dan berpaling kepada kediaman-Mu. Lalu tentukan bagi mereka selayak belas kasihan-Mu, yang telah melebihi segala dunia.

-Bahá'u'lláh
-----------------------

PERLINDUNGAN (#12163)

Terpujilah Engkau, Ya Tuhan! Engkau adalah Tuhan yang telah wujud sebelum segala benda, Yang akan wujud selepas segala benda dan akan kekal di atas segala benda. Engkau adalah Tuhan Yang mengetahui segala benda, dan terunggul di atas segala benda. Engkau adalah Tuhan Yang bertindak dengan belas kasihan kepada segala benda, Yang menghakimi semua benda dan Yang visi-Nya menakluki segala benda. Engkaulah Tuhan Rajaku, Engkaulah yang mengenali kedudukanku, Engkau naik saksi kepada wujudku yang dalam dan luar.

Kurniakanlah kemaafan-Mu kepadaku dan kepada penganut-penganut yang telah menyahut seruan-Mu. Jadilah Engkau penolongku yang mencukupi dalam menentang kelicikan barangsiapa yang berhasrat untuk menyebabkan kesedihan padaku atau ingin menyakitiku. Sesungguhnya, Engkau adalah Tuhan segala benda tercipta. Engkau mencukupi setiap orang, manakala tiada sesiapa dapat berdikari tanpa-Mu.

-The Báb
-----------------------

PERLINDUNGAN (#12164)

Ya Tuhan, Tuhanku! Lindungilah hamba-hamba-Mu yang dipercayai daripada kejahatan diri dan hawa nafsu, peliharalah mereka dengan jagaan mata kasih sayang-Mu daripada semua dendam, kebencian dan iri hati, naungilah mereka dalam kubu kebal jagaan-Mu dan selamat daripada serangan keraguan, jadikanlah mereka penjelmaan tanda-tanda keagungan-Mu, terangilah wajah mereka dengan sinaran gemilang yang dipancarkan daripada Tempat Terbit kesatuan ilahi-Mu, riangkanlah kalbu mereka dengan kalimat-kalimat yang diwahyukan daripada kerajaan suci-Mu, perkuatkanlah loin mereka melalui ayunan maha kuasa-Mu yang datang daripada alam-Mu yang mulia. Engkau adalah Yang Maha Pemurah, Pelindung, Yang Maha Kuat, Berbelas Kasihan.

-`Abdu'l-Bahá
-----------------------

