KANAK-KANAK (#12078)

Ya Tuhan, Tuhanku! Ini adalah anak yang telah dilahirkan daripada loin salah seorang hamba-Mu yang telah Engkau kurniakan kedudukan yang istimewa dalam Loh-Loh perintah-Mu yang muktamad dalam Kitab-Kitab perintah-Mu.

Aku memohon kepada-Mu demi Nama-Mu, dengannya semua orang dibolehkan untuk mencapai tujuan hasratnya, untuk menyebabkan anak ini menjadi jiwa yang lebih matang dalam kalangan hamba-Mu; sebabkannya untuk bersinar melalui kuasa Nama-Mu, bolehkannya untuk mengungkapkan pujian kepada-Mu, untuk menghadapkan wajahnya kepada-Mu dan untuk mendekati-Mu. Sesungguhnya, sejak azali, Engkaulah yang mempunyai kuasa untuk melakukan apa sahaja yang Engkau redai. Tiada Tuhan lain kecuali Engkau, Yang Luhur, Yang Mulia, Yang Menakluki, Yang Kuat, Yang Menakjubkan.

-Bahá'u'lláh
-----------------------

KANAK-KANAK (#12079)

”Berkenaan kanak-kanak: Kami telah          mengarahkan bahawa dari usia awal lagi mereka haruslah dilatih dalam amalan-amalan dan hukum-hukum agama; dan kemudiannya, dalam cabang-cabang ilmu pengetahuan yang bermanfaat, dan dalam perdagangan yang dibezakan oleh keluhurannya, dan dalam perlakuan-perlakuan yang akan melanjutkan kemenangan Akidah Tuhan atau akan menarik hasil-hasil yang akan mendekatkan seorang penganut kepada Tuhannya.”



”Ajarkanlah kepada anak-anakmu ayat-ayat yang diwahyukan dari langit keagungan dan kekuasaan, sehingga mereka dapat melafazkan Loh-Loh Yang Maha Pengasih di ruangan Mashriqu’l-Adhkár, dengan irama yang paling merdu.”

-Bahá'u'lláh
-----------------------

KANAK-KANAK (#12080)

Ya Tuhan, bimbinglah daku, lindungilah daku, jadikanlah daku satu lampu bersinar dan satu bintang cemerlang. Engkaulah Maha Kuasa dan Maha Kuat.

-`Abdu'l-Bahá
-----------------------

KANAK-KANAK (#12081)

Dialah Tuhan! Ya Tuhan, Tuhanku! Kurniakanlah ke atas daku hati yang murni, bagaikan sebutir mutiara.

-`Abdu'l-Bahá
-----------------------

KANAK-KANAK (#12082)

Ya Tuhanku! Ya Tuhanku! Engkau melihat kanak-kanak ini yang adalah dahan daripada pohon kehidupan, burung-burung di padang keselamatan, mutiara-mutiara di samudera kurnia-Mu, bunga-bunga mawar di taman bimbingan-Mu.

Ya Tuhan, Tuhanku! Kami menyanyikan pujian, naik saksi kepada kesucian-Mu dan merayu dengan bersungguh-sungguh bagi syurga belas kasihan-Mu untuk menjadikan kami cahaya bimbingan, bintang-bintang yang bersinar di atas ufuk kemuliaan abadi dalam kalangan umat manusia, dan untuk mendidik kami dengan pengetahuan yang berasal daripada-Mu.
Yá Bahá’u’l-Abhá!

-`Abdu'l-Bahá
-----------------------

KANAK-KANAK (#12083)

Ya Tuhanku! Ya Tuhanku! Aku adalah anak yang muda. Asuhlah daku daripada dada belas kasihan-Mu, latihlah daku dalam pelukan cinta-Mu, didiklah daku dalam sekolah bimbingan-Mu dan besarkanlah daku di bawah naungan rahmat-Mu. Keluarkanlah daku daripada kegelapan, jadikanlah daku cahaya yang cemerlang; bebaskanlah daku daripada kesedihan, jadikanlah daku bunga di taman mawar; sebabkanlah daku menjadi seorang hamba di ambang-Mu dan anugerahkanlah ke atas daku kecenderungan dan sifat mereka yang lurus; jadikanlah daku punca rahmat kepada dunia kemanusiaan, dan nobatkanlah daku dengan mahkota kehidupan.

Sesungguhnya, Engkau adalah Yang Berkuasa, Yang Kuat, Yang Melihat, Yang Mendengar.

-`Abdu'l-Bahá
-----------------------

KANAK-KANAK (#12084)

Ya Tuhan yang Tiada Bandingan! Jadilah Engkau tempat teduh kepada kanak-kanak yang kasihan ini dan Raja yang baik dan pemaaf kepada jiwa yang bersalah dan tidak gembira ini. Ya Tuhan! Walau kami hanyalah tumbuh-tumbuhan yang tak bernilai, tetapi kami berasal dari taman mawar-Mu. Walaupun pohon muda tanpa daun dan bunga, tetapi kami sebahagian daripada kebun-Mu. Asuhlah tumbuh-tumbuhan ini melalui curahan awan belas kasihan-Mu dan perkuatkan dan segarkanlah pohon muda ini melalui nafas penghidup musim bunga rohani-Mu. Sebabkanlah dia menjadi sedar, arif dan mulia, dan kurniakanlah agar dia dapat mencapai kehidupan abadi dan menetap dalam Kerajaan-Mu selama-lamanya.

-`Abdu'l-Bahá
-----------------------

KANAK-KANAK (#12085)

Ya Engkau Tuhan yang maha mulia! Jadikanlah dayang-Mu yang muda ini diberkati dan gembira; sebabkannya untuk diriangkan dalam ambang keesaan-Mu, dan biarkanlah dia minum sepenuhnya daripada cawan cinta-Mu agar dia dapat dipenuhi keseronokan dan ekstasi dan menyebarkan keharuman manis. Engkaulah Yang Kuat dan Berkuasa, dan Engkaulah Yang Maha Tahu, Yang Maha Melihat.

-`Abdu'l-Bahá
-----------------------

KANAK-KANAK (#12086)

Ya Tuhan! Didiklah kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini ialah pohon-pohon dalam kebun-Mu, bunga-bunga dalam halaman-Mu, bunga-bunga mawar dalam taman-Mu. Turunkanlah hujan-Mu pada mereka; pancarkanlah Matahari Kebenaran pada mereka dengan cinta-Mu. Biarlah hembusan-Mu menyegarkan mereka, supaya mereka dapat dididik, tumbuh dan berkembang serta kelihatan seindah-indahnya. Engkaulah Maha Pemberi. Engkaulah Maha Pengasih.

-`Abdu'l-Bahá
-----------------------

KANAK-KANAK (#12087)

Ya Tuhan! Jadikanlah kanak-kanak ini tumbuh-tumbuhan yang cemerlang. Biarlah mereka tumbuh dan berkembang dalam Kebun Waadat-Mu, dan kurniakanlah kesegaran dan keindahan melalui curahan awan-awan Kerajaan Abhá.

Ya Engkau Tuhan yang Pemurah! Aku seorang anak kecil, luhurkanlah daku dengan memasukkan daku ke dalam kerajaan. Aku duniawi, jadikanlah daku syurgawi; aku dari bumi, sebabkanlah daku tinggal di alam di atas; aku suram, jadikanlah daku bersinar; aku kebendaan, jadikanlah daku rohani, dan kurniakanlah supaya aku dapat menjelmakan rahmat-rahmat tak terhingga-Mu.

Engkau Yang Maha Kuasa, Yang Maha Pengasih.

-`Abdu'l-Bahá
-----------------------

KANAK-KANAK (#12088)

Ya Tuhan yang Pengasih! Kanak-kanak comel ini adalah karya jari-jari-Mu yang berkuasa dan tanda-tanda yang indah daripada kebesaran-Mu. Ya Tuhan! Lindungilah kanak-kanak ini dan bantulah mereka dengan kasih sayang-Mu agar mereka dapat dididik dan dapat berkhidmat kepada umat manusia. Ya Tuhan! Kanak-kanak ini bagaikan mutiara, peliharalah mereka dalam cangkerang kasih sayang-Mu. Engkaulah Pemberi, Yang Maha Pengasih.

-`Abdu'l-Bahá
-----------------------

KANAK-KANAK (#12089)

”...dari permulaannya, kanak-kanak harus               menerima pendidikan rohani dan harus sentiasa dinasihati untuk mengingati Tuhan. Biarlah cinta kepada Tuhan memenuhi jiwa terdalam mereka.”

-`Abdu'l-Bahá
-----------------------

