BIMBINGAN (#12055)

Kita berdoa kepada Tuhan agar dengan murah hati membantu mereka yang sudah tersesat supaya menjadi adil dan saksama, menjadikan mereka sedar bahawa mereka sudah alpa. Dia sesungguhnya, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Dermawan. Janganlah menghalangi hamba-hamba-Mu, Ya Tuhanku, daripada pintu kurnia-Mu dan janganlah mengusir mereka daripada istana         kehadiran-Mu. Bantulah mereka untuk          menghapuskan kabus khayalan sia-sia, dan untuk mengoyakkan tabir-tabir fikiran dan harapan yang kosong. Engkau sesungguhnya Segala Memiliki, Yang Maha Tinggi. Tiada Tuhan lain kecuali Engkau, Yang Perkasa, Yang Rahim.

-Bahá'u'lláh
-----------------------

BIMBINGAN (#12056)

Ya Engkau Pembekal Suci! Kurniailah Engkau dalam segala benda kesucian dan kebersihan kepada orang-orang Bahá. Jadikanlah mereka bebas daripada semua kotoran, dan lepaskan mereka daripada semua ketagihan. Selamatkanlah mereka daripada melakukan sebarang tindakan yang menjijikkan, putuskanlah mereka daripada ikatan setiap tabiat jahat, supaya mereka dapat hidup dalam kemurnian dan kebebasan, baik dan bersih, layak untuk mengabdi kepada Ambang Kesucian-Mu dan sesuai untuk dihubungkan dengan Tuhan mereka.

Bebaskanlah mereka daripada minuman-minuman dan tembakau yang memabukkan, jagalah mereka, selamatkanlah mereka, daripada candu yang membawa kegilaan ini, deritailah mereka untuk menikmati kemanisan dan keharuman kesucian, supaya mereka dapat meminum sepuasnya daripada cawan mistik cinta syurgawi dan mengetahui keriangan yang membawa mereka lebih dekat lagi kepada Alam Yang Maha Mulia. Kerana ia seperti yang Engkau telah katakan: “Semua yang engkau miliki dalam simpanan wainmu tidak akan memuaskan kedahagaan cintaku—bawakanlah kepadaku, Ya pembawa cawan, secawan wain rohani yang sepenuh lautan!”

-`Abdu'l-Bahá
-----------------------

BIMBINGAN (#12057)

Maka kerahkanlah usaha yang besar agar kemurnian dan kesucian, yang disukai 'Abdu'l-Bahá atas segala benda, akan membezakan orang-orang Bahá; agar dalam setiap jenis kecemerlangan rakan-rakan Tuhan akan mengatasi manusia yang lain; agar secara luaran dan dalaman mereka akan terbukti unggul daripada yang lain; agar demi kemurnian, kesempurnaan, kehalusan, dan pemeliharaan kesihatan, mereka akan menjadi pemimpin di barisan depan mereka yang ketahui. Dan agar melalui kebebasan mereka daripada perhambaan, ilmu pengetahuan, ketahanan diri, mereka akan menjadi yang pertama dalam kalangan yang suci, yang bebas dan yang arif.

-`Abdu'l-Bahá
-----------------------

